6 Punca Terjadinya Pokok Jantan
- Get link
- X
- Other Apps
6 Punca Terjadinya Pokok Jantan. Salah Satu Punca Tersebut Mungkin Ada Pada Tanaman Anda!
Pokok yang tidak berbuah digelar sebagai pokok jantan. Ada juga yang menggelarkan sebagai pokok pondan.
Pemilik sawit akan rugi apabila ada pokok jantan. Ini kerana kebun tidak menjadi produktifsepenuhnya. Kebun yang sepatutnya boleh dapat hasil 10 tan, kita hanya dapat 4 tan sahaja akibat pokok jantan. Rugi 6 tan!
====================
FAKTOR POKOK JANTAN
====================
1. KEKURANGAN UNSUR BAJA SAWIT UNTUK PEMBENTUKAN BUAH
Pokok memerlukan baja berunsur Kalium dan Boron untuk pembentukan debunga pokok yang sihat. Sekiranya bunga jantan betina tidak terbentuk dengan baik, maka buah juga tidak akan terbentuk.
Unsur Kalium biasanya boleh didapati pada baja butiran. Manakala untuk unsur Boron pula, boleh didapati pada baja tambahan. Ada juga sesetengah baja butir membekalkan baja dengan unsur Boron. Namun Boron sumber dari baja cecair lebih baik memandangkan kecekapan serapan sangat tinggi.
2. BENIH ANAK POKOK YANG KURANG BAIK
Benih anak pokok sawit yang kurang baik biasanya benih murah yang dibekalkan oleh penjual yang tidak bertauliah. Benih ini dikutip dari benih liar yang tidak diketahui pokok induknya. Benih-benih ini mungkin tidak produktif lalu tidak menghasilkan buah.
Selain itu, terjadi juga kes anak pokok yang tidak dijaga dengan baik di tapak semaian. Seperti diletakkan secara berhimpit-himpit. Juga dipindahkan secara kasar hingga berlakuhentakan pada anak pokok. Keadaan ini menyebabkan struktur dalaman pokok rosakhingga tidak mampu berbuah baik.
3. LOKASI YANG KURANG TABURAN AIR ATAU CAHAYA MATAHARI
Sesetengah kawasan kurang mendapat taburan hujan yang baik. Pokok yang kurang mendapat air tidak dapat mengalirkan baja secara baik dalam sistem pokok.
Ada juga kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari. Lalu pokok tidak cukup tenaga untuk menguraikan baja dan bahan lain bagi membentuk buah.
4. FAKTOR TANAH
Sesetengah tanah tidak memegang baja dengan baik. Tanah ini bersifat poros. Jika ada baja, baja jatuh ke dasar tanah.
Ada juga tanah yang mengunci baja. Sebagai contoh pokok yang memegang unsur Kalium. Akibatnya pokok tidak dapat membentuk debunga bagi menghasilkan buah.
5. FAKTOR KECERUNAN TANAH
Tanah yang bercerun mengalami masalah hakisan baja. Terutamanya unsur Boron yang sangat penting bagi pembentukan bunga yang sihat dan buah sawit.
Hakisan ini bertambah apabila tibanya musim hujan yang berterusan.
6. FAKTOR CUACA SEMULAJADI
Adakalanya berlaku perubahan cuaca yang ekstrem di luar jangkaan. Perubahan ekstrem ini sangat mempengaruhi penghasilan buah.
- Kemarau : Pokok kekurangan air
- Hujan : Pokok tidak mendapat cahaya matahari
- Jerebu : Cahaya matahari terhalang oleh jerebu mengakibatkan pokok tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment