3 Mitos Baja Cecair

Lalu macam-macam lah jenis baja keluar. Ada jenis tebuk. ada jenis serbuk, ada jenis sembur daun dan ada jenis air. Lepas tengok baja cecair ni macam bagus, kita pun berminat nak cuba.
Tapi……… Ada kawan kita kata, “Jangan guna baja cecair. Bahaya. Nanti baja cecair ni paksa pokok berbuah!”
Benarkah begitu? Jom kita tengok mitos-mitos popular baja cecair.
MITOS PERTAMA: “Baja cecair adalah baja paksa pokok berbuah”. Ini yang kita selalu dengar. Bila dah pakai baja cecair, pokok akan berbuah tak henti-henti. Akhirnya pokok tak berbuah langsung.
Yang betul: Bukan semua baja cecair adalah baja paksa buah. Yang paksa buah tu adalah booster. Iaitu yang ada kandungan kimia tinggi. Manakala, baja cecair jenis organik tak akan paksa buah. Malahan ianya bertindak sebagai pelengkap baja butiran NPK.
MITOS KEDUA: “Cukuplah baja cecair sahaja. Kos baja akan turun drastik. 74.99%!”. Ini juga kita selalu dengar apabila orang offer baja cecair.
Yang betul: Baja cecair hanya sebagai baja tambahan. Ianya tetap memerlukan baja butiran. Contohnya baja cecair FOG. Pada awal-awal promosi, mereka sudah beritahu bahawa baja FOG adalah baja cecair dan sebagai baja tambahan. Sebagai pelengkap baja butiran untuk merawat kes tandan tak keluar.
MITOS KETIGA: “Kalau baja cecair ni power sangat, kenapa syarikat besar tak guna?” Ini lagi satu ayat mitos popular.
Yang betul: Jenis baja diladang-ladang besar adalah berbeza. Ada yang guna baja jenis tabur sebatian. Ada yang guna baja tabur campuran. Dan ada juga yang guna baja cecair. Mereka juga guna baja cecair dan ianya sebagai baja tambahan untuk melengkapkan lagi nutrient baja butir.

Comments

Popular posts from this blog

Kos penanaman kelapa sawit 10 ekar

JENIS BAJA UNTUK KELAPA SAWIT

NILAI KEMASAKAN BUAH SAWIT