Lebih mudah kait sawit DR Norhisam menunjukkan cara mengggunakan E-Cutter. PRODUK E-Cutter. SEBELUM dipasang. prev next Share Tweet Share Oleh Mohamad Hussin mohamad_hussin@hmetro.com.my Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menghasilkan produk inovasinya, E-Cutter untuk industri perladangan sawit. Ia adalah mesin berbentuk kren kecil, padat dan mudah alih untuk membantu memudahkan peladang memetik buah sawit. Penyelidik UPM dari Fakulti Kejuruteraan, Prof Madya Dr Norhisam Misron berkata, alat ini ialah mesin pencantas elektrik yang digunakan untuk menuai buah dan mencantas pelepah sawit. Beliau berkata, E-Cutter menggunakan konsep elektrik untuk menggerakkannya berbanding kebiasaannya peladang menggunakan alat mekanikal atau manual untuk menuai dan mencantas pelepah dan buah sawit. “Kami membangunkan sat