NILAI KEMASAKAN BUAH SAWIT
NILAI KEMASAKAN BUAH SAWIT Tujuan menetapkan nilai kemasakan buah adalah seperti berikut; -Untuk memperbaiki kualiti BTS yang dihantar ke kilang -Untuk memperbaiki kulaiti Minyak Sawit Mentah -Untuk menambahkan kadar perahan minyak bagi minyak sawit mentah dan minyak isirong sawit. -Untuk memaksimumkan untung dan faedah pembekal dan kilang. Tandan sawit biasanya masak apabila warnanya bertukar dari hitam ke oren kemerah-merahan dan mempunyai sekurang-kurangnya 10 buah lerai yang terpisah di bawah pokok. Dalam tempoh ini, buah tandan segar boleh dituai kerana buah telah masak sepenuhnya dan Buah tandan segar tersebut mempunyai minyak yang maksimum.Nilai kemasakan buah biasanya ditentukan oleh polisi sesebuah syarikat. ELAKKAN DARIPADA MENUAI TANDAN YANG MEMPUNYAI BERKUALITI RENDAH KERANA IA AKAN MEMBERI KESAN KEPADA HARGA MINYAK SAWIT DI PASARAN.CONTOHNYA : Ø TANDAN TERLALU MASAK Ø TANDAN MENTAH Ø TANDAN KECIL Ø TANDAN KOSONG Ø TANDAN BUSUK Ø TANDAN DURA